Friday, October 15, 2010

Mendukung Perbankan Syariah

Salam,

Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) menjadi peneraju di dalam dunia Perbankan Islam. Mula beroperasi sebagai Bank Islam Malaysia yang terulung pada 1 Julai 1983, penubuhannya pada asasnya adalah khusus untuk memenuhi keperluan kewangan orang Islam dan masyarakat amnya, di negara ini.

Ditubuh dengan modal yang disahkan sebanyak RM500 juta dan modal berbayar sebanyak RM79.9 juta, modal sah dan berbayar bank ini telah beransur meningkat ke angka RM2 bilion dan RM563 juta pada tahun 2000 bagi menampung pertumbuhan aset dan juga untuk perancangan perkembangan masa depan.

Disenaraikan di papan Bursa Saham Kuala Lumpur (KLSE) pada 17 Januari 1992, Bank Islam telah berkembang sebagai sebuah institusi kewangan yang disegani di negara ini. Dengan lebih 100 buah cawangan di seluruh negara, bank ini menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan Perbankan Islam yang inovatif dan canggih, setanding dengan yang ditawarkan oleh perbankan konvensional.

Bank Islam turut membabitkan diri dalam perkembangan sektor kewangan Islam yang berkaitan dengan perbankan, insuran (takaful), pelaburan saham, penyewaan beli, penyelidikan dan latihan serta perkhidmatan perbankan Islam yang berkaitan. Kerjasama yang sinegistik di antara Bank Islam dan anak syarikatnya telah membawa perkembangan di dalam sistem kewangan Islam di Malaysia.

Peranan Bank Islam adalah untuk merealisasikan impian Malaysia dalam menubuhkan dan memperkembangkan sistem kewangan Islam yang moden dan setanding serta sebagai altenatif kepada sistem konvensional yang sedia ada. Pengenalan kepada perbankan Islam, satu komponen penting di dalam sistem kewangan Islam, adalah juga jejak pertama untuk merealisasikan cita-cita negara.

Cerita kejayaan Bank Islam yang inovatif ini adalah satu pencapaian di dalam sistem kewangan Islam keseluruhannya. Peranannya dalam meningkatkan serta memperkembangkan perbankan Islam telah menjadikan Bank Islam sebagai satu tarikan di sektor perbankan, dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai tumpuan antarabangsa dalam perbankan Islam.


Bersama Memartabatkan Perbankan Syariah..

No comments:

Post a Comment